Wordless Wednesday - Please

Jul 13, 2011

0 comments

Gedik

Jul 10, 2011

0 comments
Nak tau macam mana lelaki menggedik?

Kalau seorang diri, dia mesti diam je. Tapi kalau ramai-ramai (dalam 4-5 orang), cuba tengok perubahan yang diam tadi. Mesti tiba-tiba banyak cakap, tak duduk diam dan macam-macam lawak bodoh keluar.

Kelakar.

TAAP!

Jul 8, 2011

0 comments

Okay, agak teruja nak layan filem ni kejap lagi. Pasal apa?
Pasal Zahiril Adzim bergandingan dengan Sazzy Falak.
Asik-asik Lisa Surihani dengan Shaheizy Sam je.
Buwek!

KLCC

2 comments
Woi yang hang pi sekat LRT esok buat apa? Stesen LRT beroperasi sampai KL Sentral saja? Stesen-stesen selepas itu semuanya ditutup sementara. Jalan-jalan sekitar KLCC semuanya ditutup mulai jam 12 malam ni. Sah-sah teksi takkan dapat lalu KLCC, bas lagi lah. Takkan aku nak menapak dari KL Sentral sampai KLCC? Kepala bana apa woi.


p/s : Hairan aku, dorang ni takut sangat dengan Bersih 2.0 tu apehal?

Disarm

Jul 7, 2011

2 comments


What I choose is MY choice.

26

1 comments
"Oi, kau dah 26 tahun pun masih takde kereta sendiri?"

"Takde. Tak minat. Dan tak mampu sangat."

"Alah kalau setakat Viva atau Myvi, aku tau kau mampu."

"Taknak lah. Aku tak nak jadi orang perasan mampu. Lagipun aku suka jalan kaki dan guna pengangkutan awam."

Macam-Macam

Jul 3, 2011

1 comments
Makin ramai budak-budak pakai tindik telinga palsu semata-mata nak nampak urban dan stailo.

Beratur dah cun sementara nak tunggu LRT tiba. Tapi bila LRT dah tiba, berebut tolak menolak nak masuk LRT. Apakah?

Pakai baju warna kuning pun kena tangkap. Yang pakai baju tapi macam separuh bogel tak kena tangkap.

Makin ramai anak muda membeli kereta semata-mata nak menunjuk-nunjuk walhal hanya perasan mampu.

Keluar ramai-ramai, tapi masing-masing pakai headphone dan earphone. Amendanya?

Gambar lurah dada, gambar tetek, gambar separuh bogel katanya 'art'.

Serius manusia sekarang makin pelik.

Bersih 2.0

0 comments
Tengok berita tv, baca suratkhabar, tiba-tiba orang ramai pandai bercakap soal ekonomi. Soal untung rugi. Soal peniaga melayu.

Orang ramai memang kelakar! Kahkah!

Status

Jul 1, 2011

0 comments
Ya ya aku faham zaman urban moden ni telefon bimbit memang menjadi lambang status kehidupan. Tak kira lah kau kerja juruwang pasaraya atau eksekutif kat petronas tower, telefon bimbit wajib yang terbaru dan terhangat.

Tapi mp3 pun nak kena yang terbaru terhangat ter'urban' gak ke? Kepala bana!