Macam-Macam

Jul 3, 2011

Makin ramai budak-budak pakai tindik telinga palsu semata-mata nak nampak urban dan stailo.

Beratur dah cun sementara nak tunggu LRT tiba. Tapi bila LRT dah tiba, berebut tolak menolak nak masuk LRT. Apakah?

Pakai baju warna kuning pun kena tangkap. Yang pakai baju tapi macam separuh bogel tak kena tangkap.

Makin ramai anak muda membeli kereta semata-mata nak menunjuk-nunjuk walhal hanya perasan mampu.

Keluar ramai-ramai, tapi masing-masing pakai headphone dan earphone. Amendanya?

Gambar lurah dada, gambar tetek, gambar separuh bogel katanya 'art'.

Serius manusia sekarang makin pelik.

1 comments:

Amiey White said...

kerana satu warna itu di salah ertikan . Sama seperti lelaki pakai baju pink dia gay. haha

manusia pelik kerana mereka fikir bila mereka lain dari lain dan mengikut rentak zaman mereka nampak hebat .

Post a Comment